Arch Linux

Arch Linux (/ɑːrtʃ/)[4] ialah edaran Linux untuk komputer dengan pemproses x86-64.[5] Arch Linux mematuhi lima prinsip: kemudahan, kemodenan, pragmatisme, mengetengahkan pengguna, dan serba guna. Maksudnya, projek ini cuba untuk melakukan perubahan khusus-edaran yang minimum, mengurangkan kerosakan dalam kemas kini, pragmatik terhadap pilihan reka bentuk berideologi dan keramahan pengguna.[6]Pengurus pakej yang ditulis khusus untuk Arch Linux, Pacman, digunakan untuk memasang, membuang dan mengemas kini pakej perisian.[7] Arch Linux menggunakan model terbitan berterusan, maksudnya tidak ada "terbitan utama" bagi versu baharu sesuatu sistem; kemas kini sistem biasa sahaja yang diperlukan untuk mendapatkan perisian Arch yang terbaru; imej pemasangan yang diterbitkan setiap bulan oleh pasukan Arch itu hanyalah petikan terkini bagi komponen sistem utama.[8]Arch Linux mempunyai pendokumenan yang lengkap, terdiri daripada wiki komuniti yang dikenali sebagai ArchWiki.[9][10][11]

Arch Linux

Syarikat / Pembangun Levente Polyak dan lain-lain[lower-alpha 1]
Keadaan Semasa
Pengurus pakej pacman, libalpm (bahagian belakang)[2]
Jenis inti Monolitik (Linux)
Keluaran asal 11 Mac 2002; 18 tahun yang lalu (2002-03-11)
Laman sesawang Templat:Official url
Keluarga OS Ala-UNIX
Versi stabil terkini Terbitan berterusan (medium pemasangan 2020.11.01[1])
Antara muka pengguna lalai Antara muka baris perintah (Bash)
Sasaran pemasaran Tujuan am
Model sumber Sumber terbuka
Userland GNU
Pelantar disokong
Lesen Perisian bebas (GNU GPL dan lesen-lesen lain)[3]

Rujukan

WikiPedia: Arch Linux http://allanmcrae.com/2011/12/pacman-package-signi... http://www.linuxdistroreview.com/arch-linux http://ostatic.com/blog/debian-project-lead-snappy... http://www.hardware.no/artikler/aaron_griffin_engl... http://git.kernel.org/?p=linux/kernel/git/torvalds... http://www.tuxmachines.org/node/15527 https://distrowatch.com/dwres.php?resource=intervi... https://distrowatch.com/weekly.php?issue=20090119#... https://distrowatch.com/weekly.php?issue=20090914#... https://distrowatch.com/weekly.php?issue=20151221#...